Tentang Kami

Tentang Kami

Churros Jalanan Menuju ke Kejayaan

Orked D'Churros, jenama churros jalanan perintis Malaysia sejak 2016. Bermula dari pasar malam Klang, kini berkembang ke 200+ cawangan di seluruh negara.

Kejayaan kami terletak pada resipi signature yang menghasilkan churros rangup di luar, gebu di dalam. Sebagai jenama 100% milik Muslim, kami komited menggunakan bahan berkualiti tanpa bahan pengawet.

Kini, Orked D'Churros bukan sekadar menjual churros - kami mencipta peluang untuk usahawan muda membina kisah kejayaan mereka dalam industri F&B.

Jenama Churros Jalanan Perintis Malaysia
Resipi Istimewa & Kualiti Premium
Memperkasa Usahawan Muda
Sokongan Perniagaan Lengkap
2016
Permulaan Sederhana
Seorang usahawan muda memulakan Orked D'Churros dari gerai pasar malam di Klang, berbekalkan tekad dan resipi churros unik yang kemudiannya menawan hati rakyat Malaysia.
2018
Pengembangan & Acara
Jenama ini berkembang ke Johor Bahru sambil melancarkan bahagian katering, membawa churros signature ke majlis perkahwinan dan korporat di seluruh kawasan.
2020
Transformasi Pandemik
Semasa PKP, Orked D'Churros menunjukkan ketahanan dengan mengubah model perniagaan kepada ejen dan stokis, menukar cabaran kepada peluang pertumbuhan.
2021
Ledakan Pelesenan
 Program pelesenan di Johor & Melaka terbukti membawa perubahan besar, dengan pembukaan 80 cawangan baharu dalam masa 12 bulan.
2023
Kemasukkan ke Seluruh Negeri
Orked D'Churros mencapai kejayaan besar dengan membuka pasaran di Utara dan menubuhkan 200+ cawangan nationwide, setiap lokasi menjana purata pendapatan RM10,000 sebulan.
2025
Visi Masa Depan
Dengan sasaran 500 cawangan di seluruh Malaysia, Orked D'Churros terus memperkasa usahawan muda melalui sistem pelesenan yang terbukti, mengukuhkan kedudukan sebagai jenama churros terkemuka Malaysia.
Pengasas

Visionary Di Sebalik Orked D`Churros

Fikri Arif Ishak

Co-Founder, CEO
Bermula dari gerai pasar malam pada 2016, mengembangkan ODC menjadi jenama churros terkemuka Malaysia dengan 200+ outlet. Kualiti dan inovasi memacu visi beliau untuk ODC.

Hanifah Hamzan

Co-Founder, COO
Tulang belakang kejayaan operasi ODC, memastikan kecemerlangan di setiap outlet. Motto beliau: "Lokasi bukan penghalang - perancangan rapi menjadikan impian realiti."
Blog

Cerita Dari Blog Kami